Home
Pendidikan Seni Visual KBSR
Dunia Seni Visual KSSR
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional
Jabatan Pendidikan Seni Visual IPGKIK
Soon-to-be B. Ed Art IPGKIK
My Lovely Love
F.R.I.E.N.D.S
R.A.N.D.O.M stuff
Thursday, January 5, 2012
Lukisan
Media: Pelbagai media
Media: Pensel Warna
LUKISAN
Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
Lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan media kering untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.
Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik.
JENIS-JENIS LUKISAN
Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. perlu memahami anatomi dan kadar bandingan.
Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda dengan menumpukan terhadap satu tumpuan secara terperinci terhadap bahan subjek yang ingin dikaji.
Lukisan Informasi: bertujuan untuk memberi informasi, dalam bentuk ilustrasi atau peta.
Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik dan kadar banding yang tepat.
Lukisan Konseptual: memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru atau dalam bentuk fantasi.
Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan sekadar untuk mempamerkan karya sebagai sesebuah karya seni.
Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik.
ELEMEN ASAS LUKISAN
Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan dan ia boleh memberi kesan ilusi kepada yang melihatnya. Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis.
Perspektif dan proposi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap.
Kesan Pencahayaan: Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek.
Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.
Corak dan reka bentuk: Corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya.
Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetek dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis.
Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu dan betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.
Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.
Media dan teknik lukisan
Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, pastel, semua jenis pen, berus, conteng dan pensil warna.
Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan.
Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur.
PROSES PENGHASILAN LUKISAN
Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala di luar studio penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment